Monday 15 April 2013

Menentang Pakatan Rakyat Adalah JIHAD

Menentang Pakatan Rakyat Adalah Jihad


Setelah AMP terjumpa satu video didalam Facebook baru-baru ini yang menyatakan bahawa "Menentang Pas,Pkr dan Dap adalah jihad(Amanat Hj Hadi)" lalu AMP terus mencari bahan-bahan dan membuat kajian.

AMP sangat terkejut melihat dapatan daripada hasil kajian tersebut. Ternyata bahawa benar Menentang Pakatan Rakyat (Dap,Pkr & Pas) adalah JIHAD. Hal ini dinyatakan merujuk kepada Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS seperti yang tertera diatas.

Amanat TGHAH menyatakan bahawa mereka menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, mereka menentang BN bukan kerana namanya BN, Tetapi mereka menentang UMNO/BN kerana UMNO/BN "Mengekalkan Perlembangaan Penjajah", "Mengekalkan Peraturan Kafir", "Mengekalkan Peraturan Jahiliah". Dan "Perjuangan Mereka Adalah JIHAD".



Akan tetapi jika AMP melihat kembali Isi Buku Jingga Pakatan Rakyat menyatakan bahawa Agenda Bersama Pakatan Rakyat adalah "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan". Maknanya disini Agenda Bersama PAS,PKR dan DAP adalah mengekalkan Perlembagaan Persekutuan, (Perlembagaan yang sedia ada).

Jika dikaitkan dengan Amanat TGHAH sebentar tadi menyatakan bahawa mereka menentang UMNO/BN kerana UMNO/BN mengekalkan "Perlembagaan Penjajah". (Maknanya perlembagaan yang sedia ada sekarang). Dan "Perjuangan Mereka Adalah JIHAD" 


Maka Menentang Pakatan Rakyat (DAP,PKR & DAP) juga adalah JIHAD kerana didalam Agenda Bersama Pakatan Rakyat mereka akan mengekalkan Perlembagaan Persekutuan(Perlembagaan sedia ada). 

Bukti ini cukup jelas menunjukkan bahawa menentang Pakatan Rakyat juga adalah JIHAD, DERMA menentang Pakatan Rakyat adalah JIHAD, UCAPAN menentang Pakatan Rakyat juga adalah JIHAD & Jika Kita MATI kerana melawan Pakatan Rakyat maka MATI kita adalah MATI SYAHID adalah MATI ISLAM.(Jika Menurut Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi).

Oleh yang demikian kenapa Perjuang-Perjuang PAS masih lagi menentang UMNO/BN. PAS menentang UMNO/BN kerana UMNO/BN mengekalkan Perlembagaan Penjajah. Sekarang PAS akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Jadi kalau hendak diikutkan Perjuang Perjuang PAS tiada lagi sebab untuk menentang UMNO/BN.






Monday 8 April 2013

DAP Membeli Islam Part 2

KERAJAAN DAP PULAU PINANG MEMBELI ISLAM



Untuk mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan oleh AMP, disini AMP menyatakan statistik penduduk di Negeri Pulau Pinang mengikut kaum. Menurut statistik yang diambil daripada "Penang Institute" pada tahun 2011 penduduk di Pulau Pinang ini didominasikan oleh kaum Cina iaitu sebanyak 41.5% manakala diikuti oleh kaum Melayu iaitu sebanyak 39.9% dan kaum India adalah sebanyak 10% dan selebihnya diikuti oleh lain-lain kaum.


Apa yang ingin ditekankan disini adalah kaum Cina lebih tinggi populasinya berbanding dengan kaum-kaum lain di Pulau Pinang ini. Tetapi persoalan yang timbul di minda AMP adalah kenapakah peruntukan oleh Kerajaan DAP iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sebelum dibubar pada Jumaat lepas iaitu 5 April 2013) diberikan lebih kepada Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang iaitu sebanyak 63.03 JUTA Ringgit Malaysia? 

Peruntukan yang diberikan kepada Hal Ehwal Agama Islam meningkat sebanyak 300% sepanjang DAP menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi tidak banyak yang diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang. Mengapa boleh terjadi sebegini kerana kalau diikutkan statistik populasi penduduk Pulau Pinang kaum Cina melebihi kaum Melayu, tetapi diberi peruntukan lebih kepada kaum Melayu. Perkara ini sangat-sangat menghairankan dan memusykilkan AMP. Apakah Agenda yang ingin dilakukan DAP atau LIM GUAN ENG?



Sebenarnya taktik LIM GUAN ENG meningkatkan peruntukkan lebih kepada kaum Melayu Pulau Pinang iaitu kepada Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang kerana:
  1. Ingin mengambil hati atau memancing kaum MELAYU Pulau Pinang.
  2. Ingin membeli "KALIMAH ALLAH".
  3. Ingin memecah belahkan kaum MELAYU/Umat Islam di Pulau Pinang.
Mengapa AMP berkata sebegitu kerana ramai Umat islam atau Kaum Melayu di Pulau Pinang ini terpedaya dengan jerat yang dirangka khas untuk MELAYU Pulau Pinang, BUKTINYA adalah selepas LIM GUAN ENG menuntut bahawa "KALIMAH ALLAH" juga boleh digunakan oleh Penganut Kristian, terdapat ramai umat islam yang menyokong tindakan LGE ini. Malah tidak memandang serius isu ini dan lebih memandang APA yang telah diberikan oleh LGE kepada Umat Islam Pulau Pinang iaitu "Peningkatan Peruntukan Hal Ehwal Pulau Pinang". Umat Islam yang menyokong Lim Guan Eng seolah-olah seperti telah menjual "Kalimah ALLAH" kepada penganut kristian.

Bukti ini cukup jelas menunjukan bahawa LIM GUAN ENG atau DAP ingin membeli "Kalimah ALLAH" atau ingin membeli "Agama Islam" dan memecah - belahkan Melayu dan Umat Islam di Pulau Pinang. Segala yang terjadi adalah "STRATEGI TERANCANG" DAP selama 5 Tahun memerintah Pulau Pinang.

Sunday 7 April 2013

DAP Membeli Islam

KERAJAAN DAP PULAU PINANG MEMBELI ISLAM




Tidak hairan lah kenapa Pemimpin-Pemimpin PAS dan sesetengah umat islam tidak bengang atau mempertahankan isu "Kalimah Allah". Pada awalnya Pas dan PKR bersetuju dengan cadangan DAP iaitu "Kalimah Allah" boleh digunakan oleh orang bukan islam juga, tetapi telah menyedari tindakan itu memberi kesan kepada Pas, lalu Pas membuat U-Turn menarik balik keputusan nya, tetapi PKR tetap dan terus menyokong DAP. Taktik yang digunakan oleh DAP sangat bijak dan LICIK dan telah pun menutup mata sesetengah umat islam yang menyokong isu "kalimah allah" boleh digunakan oleh orang bukan islam juga. 
Sebenarnya mengikut kajian yang telah dilakukan oleh AMP, strategi ini telah dirancang oleh DAP sejak tahun 2008, setelah DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara yang dilakukan oleh DAP untuk MEMBELI "Kalimah Allah" adalah:





Jadi tidak hairanlah ada umat islam yang masih lagi mempertahankan DAP ini kerana pada awal pemerintahannya lagi DAP telah mengorak langkah mengambil hati umat islam terutamanya di Pulau Pinang selama hampir 5 Tahun. Peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam meningkat sebanyak 300%. Kesannya ramai umat islam menyokong kepimpinan LIM GUAN ENG. Tetapi INGAT!! Selepas 5 tahun DAP mengambil hati umat islam, kini DAP juga ingin mengambil "Kalimah Allah" Hanya Milik Umat Islam.

Hasil daripada kajian yang dijalankan AMP dapat nyatakan disini bahawa Strategi LIM GUAN ENG sangat LICIK sehingga mampu mengaburi mata ramai umat islam yang sanggup menjualkan Agama Mereka kepada golongan bukan ISLAM. Isu "Kalimah ALLAH" adalah salah satu strategi terancang DAP atau pun LIM GUAN ENG selama 5 Tahun dan bukannya secara tidak sengaja.  


Nantikan entry yang seterusnya tentang "Kerajaan DAP Pulau Pinang Membeli Islam".






Wednesday 27 March 2013

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pendidikan Percuma?


Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu.

Dalam konteks pendidikan hari ini, benarkah wujud satu sistem pendidikan yang percuma secara holistik bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi di mana-mana negara di dunia? Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan percuma itu sendiri? Relevankah sistem ini?

Secara mudah, percuma bermaksud tidak dikenakan apa-apa bayaran atau caj. Jika justifikasi ini diambil kira, maka secara mudah juga kita akan bersetuju bahawa tidak ada satu sistem pendidikan di mana-mana negara yang diberikan secara percuma. Sebaliknya, pasti ada pihak yang mendanai sistem tersebut dari segenap sudut dan perkara.

Definisi umum yang diberikan di peringkat global juga menjelaskan bahawa pendidikan percuma sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan atau dibiayai melalui hasil percukaian negara, atau disokong (secara biasiswa) oleh organisasi tertentu yang tidak berorientasikan keuntungan jangka pendek. Hal ini bermakna,ia tidaklah benar-benar percuma kerana kos tersebut ditanggung melalui sumber lain oleh pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi yang terlibat secara langsung menyediakan pendidikan tersebut.

Terdapat beberapa buah negara yang memberikan pendidikan secara percuma di setiap peringkat kepada rakyatnya. Namun begitu, meskipun negara-negara tersebut menyediakan pendidikan secara percuma, kadar cukai yang dikenakan pula adalah tinggi hingga mencecah lebih 50% berbanding purata pendapatan dalam negara.

Salah sebuah negara tersebut ialah Finland yang mengenakan cukai hingga 49.2% iaitu kesembilan tertinggi di dunia. Hasil cukai inilah yang sebenarnya menampung perbelanjaan pendidikan di negara tersebut seperti membayar gaji para pensyarah, staff universiti, tukang sapu, pengawal keselamatan dan pelbagai lagi.

Negara-negara Yang Menyediakan Pendidikan Percuma

Berikut merupakan negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat kepada rakyatnya:

  1. Brunei
  2. Argentina
  3. Finland
  4. Norway
  5. Jerman

10 Negara Dengan Cukai Tertinggi

Berikut ialah senarai negara yang mengenakan cukai tertinggi ke atas rakyatnya:

  1. Aruba (58.95%) / Purata pendapatan – Tidak diperolehi
  2. Sweden (56.6%) / Purata pendapatan -  $48,800
  3. Denmark (55.4%) / Purata pendapatan - $64,000
  4. Netherlands (52%) / Purata pendapatan - $57,000
  5. Austria (50%) / Purata pendapatan - $50,700
  6. Belgium (50%) / Purata pendapatan- $52, 700
  7. Japan (50%) / Purata pendapatan - $53,200
  8. United Kingdom (50%) / Purata pendapatan - $52,320
  9. Finland (49.2%) / Purata pendapatan  - $49,000
  10. Ireland (48%) / Purata pendapatan - $40,900