Monday 15 April 2013

Menentang Pakatan Rakyat Adalah JIHAD

Menentang Pakatan Rakyat Adalah Jihad


Setelah AMP terjumpa satu video didalam Facebook baru-baru ini yang menyatakan bahawa "Menentang Pas,Pkr dan Dap adalah jihad(Amanat Hj Hadi)" lalu AMP terus mencari bahan-bahan dan membuat kajian.

AMP sangat terkejut melihat dapatan daripada hasil kajian tersebut. Ternyata bahawa benar Menentang Pakatan Rakyat (Dap,Pkr & Pas) adalah JIHAD. Hal ini dinyatakan merujuk kepada Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS seperti yang tertera diatas.

Amanat TGHAH menyatakan bahawa mereka menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, mereka menentang BN bukan kerana namanya BN, Tetapi mereka menentang UMNO/BN kerana UMNO/BN "Mengekalkan Perlembangaan Penjajah", "Mengekalkan Peraturan Kafir", "Mengekalkan Peraturan Jahiliah". Dan "Perjuangan Mereka Adalah JIHAD".



Akan tetapi jika AMP melihat kembali Isi Buku Jingga Pakatan Rakyat menyatakan bahawa Agenda Bersama Pakatan Rakyat adalah "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan". Maknanya disini Agenda Bersama PAS,PKR dan DAP adalah mengekalkan Perlembagaan Persekutuan, (Perlembagaan yang sedia ada).

Jika dikaitkan dengan Amanat TGHAH sebentar tadi menyatakan bahawa mereka menentang UMNO/BN kerana UMNO/BN mengekalkan "Perlembagaan Penjajah". (Maknanya perlembagaan yang sedia ada sekarang). Dan "Perjuangan Mereka Adalah JIHAD" 


Maka Menentang Pakatan Rakyat (DAP,PKR & DAP) juga adalah JIHAD kerana didalam Agenda Bersama Pakatan Rakyat mereka akan mengekalkan Perlembagaan Persekutuan(Perlembagaan sedia ada). 

Bukti ini cukup jelas menunjukkan bahawa menentang Pakatan Rakyat juga adalah JIHAD, DERMA menentang Pakatan Rakyat adalah JIHAD, UCAPAN menentang Pakatan Rakyat juga adalah JIHAD & Jika Kita MATI kerana melawan Pakatan Rakyat maka MATI kita adalah MATI SYAHID adalah MATI ISLAM.(Jika Menurut Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi).

Oleh yang demikian kenapa Perjuang-Perjuang PAS masih lagi menentang UMNO/BN. PAS menentang UMNO/BN kerana UMNO/BN mengekalkan Perlembagaan Penjajah. Sekarang PAS akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Jadi kalau hendak diikutkan Perjuang Perjuang PAS tiada lagi sebab untuk menentang UMNO/BN.






No comments:

Post a Comment