Monday 8 April 2013

DAP Membeli Islam Part 2

KERAJAAN DAP PULAU PINANG MEMBELI ISLAM



Untuk mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan oleh AMP, disini AMP menyatakan statistik penduduk di Negeri Pulau Pinang mengikut kaum. Menurut statistik yang diambil daripada "Penang Institute" pada tahun 2011 penduduk di Pulau Pinang ini didominasikan oleh kaum Cina iaitu sebanyak 41.5% manakala diikuti oleh kaum Melayu iaitu sebanyak 39.9% dan kaum India adalah sebanyak 10% dan selebihnya diikuti oleh lain-lain kaum.


Apa yang ingin ditekankan disini adalah kaum Cina lebih tinggi populasinya berbanding dengan kaum-kaum lain di Pulau Pinang ini. Tetapi persoalan yang timbul di minda AMP adalah kenapakah peruntukan oleh Kerajaan DAP iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sebelum dibubar pada Jumaat lepas iaitu 5 April 2013) diberikan lebih kepada Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang iaitu sebanyak 63.03 JUTA Ringgit Malaysia? 

Peruntukan yang diberikan kepada Hal Ehwal Agama Islam meningkat sebanyak 300% sepanjang DAP menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi tidak banyak yang diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang. Mengapa boleh terjadi sebegini kerana kalau diikutkan statistik populasi penduduk Pulau Pinang kaum Cina melebihi kaum Melayu, tetapi diberi peruntukan lebih kepada kaum Melayu. Perkara ini sangat-sangat menghairankan dan memusykilkan AMP. Apakah Agenda yang ingin dilakukan DAP atau LIM GUAN ENG?



Sebenarnya taktik LIM GUAN ENG meningkatkan peruntukkan lebih kepada kaum Melayu Pulau Pinang iaitu kepada Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang kerana:
  1. Ingin mengambil hati atau memancing kaum MELAYU Pulau Pinang.
  2. Ingin membeli "KALIMAH ALLAH".
  3. Ingin memecah belahkan kaum MELAYU/Umat Islam di Pulau Pinang.
Mengapa AMP berkata sebegitu kerana ramai Umat islam atau Kaum Melayu di Pulau Pinang ini terpedaya dengan jerat yang dirangka khas untuk MELAYU Pulau Pinang, BUKTINYA adalah selepas LIM GUAN ENG menuntut bahawa "KALIMAH ALLAH" juga boleh digunakan oleh Penganut Kristian, terdapat ramai umat islam yang menyokong tindakan LGE ini. Malah tidak memandang serius isu ini dan lebih memandang APA yang telah diberikan oleh LGE kepada Umat Islam Pulau Pinang iaitu "Peningkatan Peruntukan Hal Ehwal Pulau Pinang". Umat Islam yang menyokong Lim Guan Eng seolah-olah seperti telah menjual "Kalimah ALLAH" kepada penganut kristian.

Bukti ini cukup jelas menunjukan bahawa LIM GUAN ENG atau DAP ingin membeli "Kalimah ALLAH" atau ingin membeli "Agama Islam" dan memecah - belahkan Melayu dan Umat Islam di Pulau Pinang. Segala yang terjadi adalah "STRATEGI TERANCANG" DAP selama 5 Tahun memerintah Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment